Thursday, June 10, 2010

ANUGERAH BAKAT MUDA SEZAMAN 2010



SYARAT-SYARAT PENCALONAN
TERMS AND CONDITIONS OF NOMINATION

Anugerah Bakat Muda Sezaman memainkan peranan penting dalam melahirkan pelukis muda berbakat besar negara yang menghasilkan karya dari pelbagai medium dan gaya sejak 1974 lagi. Sehingga kini ramai di antara mereka telah berjaya di arena seni lukis sama ada di pentas negara mahupun antarabangsa.


PENCADANG

Terdiri daripada Kurator, Pengkritik Seni, Ahli Sejarahwan Seni, Penulis Seni, Kolektor, Pelukis, Pemilik Galeri, Ahli Akademik, NGO Seni, Pelajar Seni dan Tokoh Seni adalah dijemput untuk mencalonkan pelukis Malaysia untuk memasuki pertandingan Anugerah Bakat Muda Sezaman.

Pencadang hendaklah seorang yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pelukis yang dicalonkan.

CALON

Pelukis yang dicalonkan hendaklah berumur diantara 20 - 40 tahun iaitu yang lahir pada atau di antara 1 Januari 1970 - 31 Disember 1990.

Warganegara Malaysia


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Tahap 1
a. Penyertaan adalah percuma.
b. Satu salinan kad pengenalan pencadang dan pelukis yang dicalonkan.
c. Potfolio dan data biografi mengandungi latarbelakang pendidikan, pengalaman dan
pameran (pelukis yang dicalonkan) dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

Tahap 2
a. Penyertaan adalah percuma.
b. Penghantaran dan pemasangan karya sebenar yang terpilih untuk penghakiman akhir.
c. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghasilkan satu karya sahaja.
d. Karya Kolaborasi adalah tidak dibenarkan sama sekali.
e. Pelukis hendaklah terlibat secara langsung dalam pemasangan karya.
f. Penyertaan media baru dan video hendaklah dibekalkan dengan informasi lengkap sistem dan format yang wajar, peserta haruslah menyediakan sendiri kelengkapan seperti projektor, pemain alat digital, layar dll.
g. Balai Seni Lukis Negara diberi keutamaan untuk memperolehi karya-karya tersebut.
h. Semua kos penghantaran dan pemulangan karya adalah di bawah tanggungan pelukis.


PENGHAKIMAN
Semua penyertaan akan melalui 2 tahap penghakiman

Tahap 1
a. untuk memilih karya yang layak ke tahap penghakiman kedua
b. Penghakiman adalah berdasarkan portfolio dan cadangan pencalon
c. Akan dijalankan pada 9 & 10 Ogos 2010 (Selasa & Rabu)

Tahap 2
a. Pelukis yang melepasi tahap penghakiman tahap 1, akan diminta menghantar karya sebenar serta mematuhi syarat pertandingan tahap 2.
b. Akan dijalankan pada 15 – 19 November 2010


ANUGERAH

Satu Anugerah Utama : RM 20,000.00 + SIJIL
Tiga Anugerah Pilihan Juri : RM 10,000.00 + SIJIL setiap seorang

PROSES PENCALONAN
Proses pencalonan akan berlangsung dari tarikh berikut

Mula dibuka / Starting Date
8 Jun 2010 (Selasa)


Tarikh Tutup / Closing Date
1 Ogos 2010 (Ahad)


Penilaian Pencalonan
9 & 10 Ogos 2010 (Selasa & Rabu)

Keputusan Pencalonan
13 Ogos 2010 (Jumaat)

Tarikh akhir karya masuk

1 November 2010 (Isnin)

Pemasangan Karya
1 - 14 November 2010

Penjurian
15 - 19 November 2010

Majlis Anugerah
20 Januari 2011 (Khamis)

Peringatan : Kesemua pencalonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sama ada melalui pos atau hantarkan terus sebelum jam 4.00 petang hari Ahad. Selepas tarikh dan masa akhir tamat, pencalonan tidak akan diterima.

HANTARKAN KEPADA

Urusetia
Anugerah Bakat Muda Sezaman
Balai Seni Lukis Negara
No. 2 , Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

U/P Cik Noordila Omar


Untuk sebarang pertayaan, sila hubungi di talian
En. Erry Arham Azmi 012 2610 691
En. Baktiar Naim 013 3658 861


Tel 03 4026 7000
Fax 03 4025 4987


Email


Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.artgallery.gov.my/

No comments:

Post a Comment